Wednesday, July 7, 2010

Sulaman merupakan salah satu bentuk seni kerajinan tangan yang tertua dan telah wujud sekitar 2000 tahun yang silam. Orang Romawi menggambarkannya sebagai 'melukis dengan jarum'. Namun orang Babylonia yang menamakan teknik ini sebagai 'Embroidery'. Di Eropah,seni sulaman ini mula popular di kalangan umum sejak abad ke 16. Bentuk-bentuk sulaman kemudian berkembang pesat khususnya pada abad 18 hingga 20 mengikut citarasa masyarakat dalam pelbagai rekaan,teknik dan aplikasinya. Di seluruh pelosok dunia, sulaman berkembang menjadi karya seni yang artistitik dan bernilai tinggi. Seni sulaman digunakan secara meluas untuk keperluan dekorasi,peralatan rumah tangga, ucapan keagamaan bahkan hiasan kerajaan. Sulaman pada pakaian pula menjadi simbol kemewahan.

Monday, July 5, 2010

BAJU KURUNG TRADISIONAL

BAJU KURUNG TRADISIONAL


OBJEKTIF AM

Mengenal pasti dan mengetahui kaedah yang sesuai mendraf pola baju kurung tradisional dan kain ombak beralun.


OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda akan dapat :

- Menghasilkan pola baju kurung tradisional dan kain ombak beralun mengikut kaedah yang sesuai.

- Melabelkan bahagian-bahagian pola.

- Menyenaraikan bahagian-bahagian pola.

- Meletakkan tanda-tanda pola pada kedudukan yang betul.

- Menyatakan bilangan kepingan fabrik yang diperlukan untuk membuat baju kurung tradisional dan kain ombak beralun.


Rajah 1 menunjukkan sepasang baju kurung tradisional dan kain ombak beralun yang lengkap pada pandangan hadapan dan belakang.



KAIN OMBAK BERALUN

Berikut ialah jadual yang menunjukkan kaedah mendraf pola bahagian atas kain ombak beralun (belakang dan hadapan).

Jadual 2: Kaedah Mendraf Pola Kain Ombak Beralun Bahagian Atas (Belakang dan Hadapan)

Sumber: Jahitan & Membuat Pakaian, Mohamed Jalal Ahmad, 1993.